Wednesday, April 27, 2016

Kombucha/Cendawan mekah/SCOBY

Apa itu Kombucha/Cendawan mekah/SCOBY? ialah sejenis cendawan yang hidup di dalam air teh manis.Dari mana asal usulnya,masih tidak diketahui.Cendawan ini telah dijumpai lebih 2000 tahun yang lalu,juga diketahui pada zaman Manchuria ia sudah dipraktikkan oleh bangsa Manchuria sebagai minuman kesihatan.SCOBY atau Symbiotic Colony Of Bacteria and Yeast sudah dikaji oleh negara-negara maju seperti Rusia, Jerman, dan juga Amerika akan kesannya terhadap kesihatan manusia yang menakjubkan.Jadi mengapa Kombucha ini tidak dijual secara meluas? Ini kerana proses membuat air Kombucha ini sangat senang,jadi susah bagi syarikat atau individu mahu mengekploitasikan air ini mahupun memonopoli pasarannya.Setelah dikaji,didapati air ini mempunyai banyak nutrient dan asid seperti B-vitamins, antioxidants, dan glucaric acids.Ia juga dipercayai mampu mencegah dan melawan kanser, arthritis, dan penyakit degeneratif yang lain.



Cendawan akan membesar mengikut bekas yang digunakan 


Cendawan Mekah


Cara Membuat Teh Kombucha.

1) Sediakan barang keperluan, alatan dan bekas seperti :-
a) Botol kaca/balang kaca/seramik
b) Senduk pengacau plastik
c) Kain untuk menutup bekas
d) Getah gelang
e) teh uncang
f) gula
g) Air yg ditapis / air mineral

**KESEMUA ALATAN HENDAK DIPASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN YANG TINGGI.

2) Siapkan air teh ‘O’ lebih manis dan dibiarkan hingga sejuk sendiri.
Kadar campuran unt Teh O : 2 liter air Mineral @ Tanpa Klorin +  250gram gula Perang + 2uncang teh Hijau.
3) Masukkan 10% air benih (jika benih yang baru dibeli – tuang keseluruhannya) ke dalam bekas yang disediakan (Botol kaca) dan masukan benih serta air teh ‘o’ lebih manis tersebut.
4) Tutup permukaan bekas menggunakan kain dan ikat dengan getah.
5) Biarkan selama 7-14 hari ditempat yang selamat tanpa diganggu.
6) Apabila kelihatan dipermukaan seperti satu lapisan sudah terbentuk, bermakna proses rendaman telah berjaya.
7) Angkat benih tersebut dan diasingkan ke dalam bekas yang lain bersama 10% airnya.
8) Air yang tinggal hendaklah ditapis dan sedia untuk diminum atau disimpan di dalam peti sejuk.
9) Ulang proses di atas untuk penyediaan seterusnya.



Green tea


Kopi dan teh


Berlapis-lapis

P/S : Nak air Teh kombucha? Saya ada jual. Nak benih SCOBY? Saya bagi percuma.