Wednesday, February 25, 2009

Biskut aku yang pertama~

Wohoo selepas kek aku buat biskut lak,cokelat chip tu~Tp tak berapa sedap la.Nie semua salah resepi.Celaka tul resepi.Bla bla bla salah resepi.Resepi #$@@#$@#!.Kire ok la janji ada rupe biskut dah la~After this i make bread pulak~

fresh baked cookies~

timbunan cokelat chip~

nie lak tangkap dekat2~

Tuesday, February 24, 2009

Pagi nie~

Hari nie jam teruk jalan ke K.L,nie semua sebab hujan tapi hujan dah lama dah stop jam lak melampau-lampau.Asal hujan je sure la jam kat K.L nie,orang takut bawak kereta laju-laju kot tak pun diorang tido sambil drive so bile orang hon baru la bergerak.Anyway,time jam nie la baru kite dengar radio betul2,topik hari nie mengenai pencerobohan privasi.So ada la sorang pompuan nie sms tanya kalau isteri check hp suami adakah dikira menceroboh privasi?Bagi aku ini bukan satu soalan kerana hp suami ialah kepunyaan suaminya la so jika isterinya mengecheck tanpa pengetahuan suaminye sure la dinamakan pencerobohan privasi."Suami isteri sepatutnya tiada rahsia antara satu sama lain",ungkapan ini hanya ungkapan hypocrite semata-mata kerana semua orang ada rahsia tak kira lelaki atau perempuan dan tidak semua boleh dikongsikan dengan senang hati.Jika seseorang isteri tidak percayakan suaminya lagi mintak lah cerai senang cerita tak payah nak check2 hp sebab tanpa kepercayaan antara pasangan institusi kekeluargaan sudah pasti akan runtuh/hancur/musnah/kebaboomm.Kejujuran lelaki selalu dipersoalkan secara umum tetapi kejujuran wanita tak pernah dipersoalkan secara umum kerana suami percayakan isterinya sepenuh hati manakala si isteri terlalu insecure dan menyebabkan berlakunya masalah untuk mempercayai suami sendiri.

Akhir kata kalau anda tidak percayakan pasangan hidup anda sendiri putuskan lah terus hubungan secepat mungkin kerana hubungan tanpa kepercayaan tidak akan kemana dan akan menyakitkan diri sendiri.

Monday, February 23, 2009

Rock?!

Rock it's not a batu it is a music genre.It's has a lot of die-hard fan(kipas susah mati).One thing that i hate about rock is the people change the real rock to suit them then it become slow rock,metal rock,techno rock,etc.Why do people want to make a different name when it's the same,the basic is still rock so dont change it..why?Because it suck!!Especially alternative rock.What the hell is that supposed to mean.Alternative?There is so many style of rock,but alternative rock?That's just plain stupid.Malaysian rocker kinda suck at least for me,because they sing emo-rock kind of song and that is not the rocker way of life.I mean we rock hard like the rock it self.We don't have soft spot.So why emo-rock?If Malaysia want to create a real rocker they should teach the artist the way of the rock~roccccckkk~

So what can i do now is just listen to all kind of rock and enjoy it,if the song is good-la~

Saturday, February 14, 2009

Kereta ku banjir!?

Bende apa yang hujan diluar,banjir didalam?
Pikir2...
Tak tau?
Nak tau?
Jawapannye ialah kereta aku la.
Terkejut dow skali air dalam bonet tu cukup untuk membela
beberapa ekor keli.
Selamat la jabatan kesihatan tak check kerete aku kalo tak sure
kena saman atas kesalahan menternak nyamuk.
Agaknye kat situ la nyamuk2 nie membiak,sebab tu la ramai yang kena
denggi la apa la.
Walaupun hampir tiap2 hari orang datang sembur ubat
nyamuk,nyamuk still gak berlambak.
Jadi kepada sesiapa yang membaca post ini sile la check kereta
anda mana tau ada tasik didalamnya.


P/S:Tiada seekor nyamuk mahupun jentik2 ditemui di kolam dalam kereta ku.

Friday, February 13, 2009

3 budak hitam...

Aku dengar cite nie time orang kasi ceramah kat masjid dan terasa tersentuh dow
dengar citenye walaupun citenye macam cite kanak2 tetapi membawa maksud yang dalam.


Pada satu hari ada 3 budak hitam iaitu A,B,dan C.Sedang mereka berjalan2,mereka
terjumpe sebuah botol yang menarik perhatian mereka.Lalu mereka membuka botol tersebut.

A: Aik asap apa kluar kaler biru nie?
B: Asap2..bomba2...
C: Emm..ada kilang ke dalam botol tu?

*Asap~

A: JIN!!!
B: JIN!!!
C: JIN!!!
Jin:JIN!!!...MANA!!...Erk..Ye aku la jin~

*ten teng tong~(runut bunyi)

Jin:Tq la lepas kan aku dr botol kaler biru tu,ok camnie la aku kasi 3 wish kat korang.Sebab
korang ada 3 orang so sorang satu la.

A: Yayy,ok2 aku mintak dulu sebab aku "A"...(hmm nak mintak ayam goreng ke
burger)...Haaa,aku nak jd putih.
Jin:No prob~Abura kata buru,putih la kamu~
A: Yay,aku dah putih bleh la g ngorat siti~

B: Ok2,aku lak.(hmm putihnye dia jeles lak rasanye)..Ok jin aku nak jadi lagi putih dari "A".
Jin:Baik~bubu kamu bu,lagi putih la kamu~
B: Wohooo,saya budak putih~Thanks jin~

C: Wah putih2 dah kawan aku nie,camnie aku nak lagi lagi putih la jin oiii~
Jin:Sorry la beb gua dah habis kaler putih la,ko amik kaler lain la..pink,orange,tak pun kelabu..

C: Tak nak2..aku nak putih gak...kalo camtu aku nak dua2 budak nie hitam balik.
Jin:Okie dokie.~tam tam coklat yang sedap,hitam la kamu semula~
C: Yay,semua hitam balik~

~(terpikir)~

A: ...
B: ...
C: ...
Jin:Ok la keje aku dah selesai,gua blah dulu g hawaii~Wohoooo...and alohaaa~


Jin:Jika anda mahu lebih putih dari biasa gunakan lah breeze.
C: Breeze?



MORALNYE JANGAN LAH KITE DENGKI MENDENGKI,DAN JIKA SESEORANG ITU LEBIH DARIPADA KITE DALAM SESUATU HAL USAHA LAh SUPAYA KITE JUGA LEBIH SESUATU DARIPADA ORANG LAIN.

Monday, February 2, 2009

Picture From Above?/Gambar Dari Atas?

Hmm..sudah lama bende ini menggangu jiwa..gamba
yang ditangkapdari sudut atas sangat banyak di web..
Adakah ini satu trend?atau satu cara untuk menunjukan sesuatu yang
tersembunyi?Mengikut kajian Profesor Madya H atta,dengan
mengambil gamba dari atas maka kecantikan mata dapat diserlah
kan secara maksimum,bagi yang mempunyai
mata yang sepet teknik bergambar dari atas ini dapat membesarkan
mata dan secara langsung menambahkan tahap
kecomelan..Data ini telah diperoleh daripada kajian yang pelbagai
dan juga melalui diskusi yang amat lah panjang
sehinggalah para intelektual bersetuju bahawa menangkap gamba
dari atas akan menaikan level kecomelan ke tahap maksimum.
Teknik ini sebenarnya banyak digunakan oleh gadis-gadis Jepun
bagi menunjukan kebulatan mata mereka yang sungguh memikat,dan
kajian telah dijalankan terhadap beberapa bilangan lelaki dengan
umur dari 5 - 24 tahun,mereka diberi gamba dengan teknik yang
pelbagai dan dikehendaki memilih gamba yang terbaik untuk
mereka,hasilnya 99% memilih gamba yang diambil dari atas sebagai
sebagai pilihan pertama manakala 1% lagi tidak dapat memilih kerana
sudah hilang kesedaran kerana gamba yang ditunjukan sudah
menjangkaui tahap mereka.

Hmm..nak buat apa la pikir
just enjoy je la picture sebegini yang berlambak disana sini~hoho~

Bebudak Malaysia~






Nie lak model btol~


Nie lak mat rempit bajet cute la buat muke camnie..
cam haram ada la...