Saturday, June 6, 2009

pernah tak korang siri 1~

Barang ooo barang apsal la ko berat sangat,ye ini lah kisah aku menjadi pengangkat/pengangkut barang profesional(walaupun nie first time aku menceburi bidang nie)dan pada hari yang sama aku mengistiharkan kerjaya aku dlm mengangkat barang berakhir..xp..

Kerjanye simple je cume perlu pindah kan barang dari satu blok ke blok lain,senang je kan bunyinye...bangunan tu bukan tinggi mana pun takat 3 tingkat je,dan takde lif,tangga pun bleh tahan kecik,barang pon agak berat,dan pekerja pon ada 4 orang ramainye...senang je kan?Nie dekat blok E,blok B nye plak lagi la tak tinggi takat 4-5 tingkat je,takde lif,barang pon berat takat melebihi 20kg je,dan time tu makan pon blom...senang btol keje nie~

Trip ulang alik dari blok E ke blok B,mule2 ada 4 orang je then lelama dtg lg 4 orang so baru la kerja lebih lancar.Pada hari tu ada 2 job so terbahagi kepada 2 kumpulan so first team(team aku)digelar pasukan pertama dan team kedua cube teka apa namanye...korang tak tau kan..so aku kasi tau je la,pasukan kedua.

Bos/ketua pasukan pertama

Pekerja senior

Pekerja import dari sabah/sarawak

Pekerja baru/newbie

Kami juga bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mengangkat barang malah menyediakan perkhidmatan menyusun pejabat,mak cik2 yang sukar membuat keputusan dekat mana sepatutnye meja,peti simpan file(yg besi tu) dan barang2 lain hendak dialihkan menyukarkan lagi tugas kami.Antara dialog yang masih ku ingat disebut salah seorang mak cik tu ialah "alah kalo tak kena tempatnye kite ubah je la",kata mak cik umur baya2 emak ku.Senang je cakap boleh ubah2 masalahnye sampai 5 kali ubah2 mau letih gak dibuatnye.Antara dialog2 lain yang agak menyakitkan hati ialah"eh ok tak","apa kata u letak situ","tak bleh la,wayar komputer tak sampai",diulang2 dekat setengah jam.

Waktu kerja sepatutnye dari 9pagi-3ptg,tapi hari tu special kes sikit so keje sampai pukul 5ptg.Dan gaji patutnye rm70 je,tapi sebab over time so dapat la rm90~Oh ye lupe nak taip kerja mengangkat nye dekat mana,dekat bangunan kerajaan iaitu MPC/Malaysian productivity corporation.

Pekara paling best dalam kerja2 mengangkut barang nie ialah naik lori,serius kalo korang tak pernah naik lori pergi la ke loading dok mana2 mintak la permisi untuk tumpang,sure korang happy dan ketagih naik lori~

Lori 1

Angin2 bertiup sepoi2 bahasa menghempas ke tubuh berpunca daripada pemandu lori yg speed secara tetiba,sangat menyamankan dan menimbulkan perasaan happy yang susah nak diterangkan.

Lori 2

Aktiviti sampingan sementara menunggu untuk sampai ke tempat simpanan lori,mengacau teman seperjuangan yang tengah melelapkan mata adalah sangat popular dikalangan pengangkat2 barang profesional.