Thursday, December 4, 2008

Cara untuk memberhentikan orang daripada merokok

Sebenarnya banyak cara boleh digunakan untuk membantu orang yang ketagihan rokok iaitu melalui perubatan atau melalui syarahan/bimbingan lebih kepada aspek psikologi.

Antara cara yang terfikir oleh saya untuk membantu orang yang ketagihan ini ialah:

  • Apabila anda nampak seseorang merokok,cepat-cepat anda mengambil rokok itu dan buang ke lantai lalu memijaknya.Dengan pantas peluk perokok itu dan katakan"Jangan risau saya ada disini,jangan lah membunuh diri".
  • Sedang anda menjamu selera dengan rakan,dan rakan anda tiba-tiba mengeluarkan rokok lalu menghisapnya apabila dia lalai masukkan julap kedalam minumannya.Lakukan hal ini setiap kali anda nampak dia merokok.Dengan ini dia mungkin ingat dia alah terhadap rokok itu mungkin dia akan berhenti merokok.

PAS (Parti Apa Sahaja)

Sementara itu, di KOTA BHARU, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Zaid dialu-alukan menyertai Pas dengan syarat beliau mempunyai asas kukuh dalam Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau berminat terhadap mana-mana pemimpin Umno yang berpengalaman dan selama ini sering menyerang Pas sebelum kembali memuji perjuangan parti itu dan meninggalkan nasionalisme.

"Kami (Pas) terbuka, bukan saja Zaid, bahkan Cina, India, kami buka (untuk masuk Pas). Cara kami (Pas) nak terima macam mana, itu masalah parti pula.


Syarat-syarat

Friday, 04 April 2008

Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:

  • Warganegara Malaysia

  • Beragama Islam

  • ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’

  • Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa

  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.
Kemaskini terakhir ( Wednesday, 09 July 2008 )



sumber ini diambil daripada www.bharian.com.my dan juga laman web www.pas.org.my

Disini dapat kite lihat bercanggahnye konsep penyertaan sebagai ahli pas dimana Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput semua orang tak kira agama atau kaum menyertai PAS tetapi mengikut syarat penyertaan ahli salah satunya ialah Beragama Islam jadi disini terbukti syarat untuk menyertai PAS boleh diupdate sewenang-wenangnya.Ini menunjukkan yang PAS tiada pendirian dan sanggup buat apa sahaja untuk meraih undi atau sokongan.Mungkin syarat nie belum diupdate di web tersebut (entahlah).

PAS mendakwa berjuang atas dasar/konsep/kepentingan ISLAM dengan segala yang dilakukan bertujuan untuk menegakkan syiar ISLAM tetapi perkara ini seperti sudah dilupakan oleh pemimpin tertinggi PAS kerana mereka lebih mementingkan hal politik melebihi hal keagamaan malah ceramah agama juga dicampurkan dengan unsur-unsur politik bukan itu sahaja mengutuk,mencaci dan memfitnah pihak lawan juga ialah perkara biasa didalam aturcara ceramah,tidak pernah pula saya mendengar yang mengutuk,mencaci ,dan memfitnah pihak lawan dibenarkan dalam ISLAM.Sesugguhnya perbuatan mencaci,mengutuk itu adalah perbuatan syaitan dan memfitnah pula dosanya melebihi daripada perbuatan membunuh orang.

Konsep UMMAH yang dilaksanakan ketika wujudnya kerajaan ISLAM pertama iaitu di Madinah di bawah pimpinan RASUL kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W patut dicontohi oleh PAS yang pada ketika ini sudah tersasar keluar dari landasan/konsep ISLAM SEBENAR dengan melabel orang ISLAM sendiri yang tidak menyokong PAS sebagai kafir dan patut dimusuhi,setahu saya ISLAM menggalakan persaudaraan sesama ISLAM jadi ini menimbulkan tanda tanya kepada saya.Mungkin hal ini ada didalam terjemahan AL-QURAN ciptaan PAS kot?..

Pada pendapat saya Ahli Majlis Tertinggi Pas harus duduk berbincang tentang hala tuju sebenar parti ini dan mencari cara untuk berpolitik mengikut ajaran ISLAM SEBENAR sebaik-baiknya menggunakan Al-Quran dan Hadith Sahih sebagai panduan.Berpolitiklah kerana ISLAM dan janganlah mempolitikkan agama ISLAM.



(p/s:Saya sampai sekarang tak paham macam mana akronim PAS sama dengan Parti Islam Semalaysia?Itu juga dah menimbulkan keraguan dalam diri saya inikan pula hal yang cuba diperjuangkannya.)