Sunday, August 30, 2009

Ramadhan post~

Sesekali nak gak buat post ada kaitan dengan agama,in this case agama Islam,so sesape yang bukak baca la dan renungkan lah tak panjang pun aku tau korang sebenarnye malas membaca~(sama la kite)

Malaikat Raqib dan Atid
-Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia.
-Malaikat Raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara Malaikat Atid di sebelah kanan mencatat amalan baik.
-Tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja.

Dan sedikit tambahan,apabila malaikat sebelah kiri hendak mencatat dia akan bertanya malaikat sebelah kanan dahulu kerana malaikat sebelah kanan lebih tinggi pangkatnya,setiap kali manusia membuat dosa maka bertanyalah Malaikat Raqib kepada Malaikat Atid.."bolehkah aku mencatat dosanye itu?"...jawab Malaikat Atid..."tunggu dulu,apabila dia membuat 5 kali dosa baru lah engkau catatkan"...setelah 5 dosa dilakukan bertanya lagi Malaikat Raqib ke Malaikat Atid..."bolehkah aku mencatat dosanya kerana dia sudah melakukan 5 dosa?"...jawab Malaikat Atid..."tunggu dulu,biarlah dia membuat 1 kebajikan dahulu sebelum kamu mencatatnya"...kerana 1 kebajikan sama dgn 10 pahala jadi apabila 5 dosa dibuat dapat ditutup dgn satu kebajikan dan ada baki 5 pahala lagi telah tercatat...jadi disini dapat kita lihat bertapa susahnya Malaikat Raqib untuk mencatat amalan kejahatan kena melalui pelbagai peringkat menunjukan Allah s.w.t sangat sayangkan kita sehingga begitu banyak syarat hanya untuk mencatat amalan kejahatan hambanya...