Tuesday, February 24, 2009

Pagi nie~

Hari nie jam teruk jalan ke K.L,nie semua sebab hujan tapi hujan dah lama dah stop jam lak melampau-lampau.Asal hujan je sure la jam kat K.L nie,orang takut bawak kereta laju-laju kot tak pun diorang tido sambil drive so bile orang hon baru la bergerak.Anyway,time jam nie la baru kite dengar radio betul2,topik hari nie mengenai pencerobohan privasi.So ada la sorang pompuan nie sms tanya kalau isteri check hp suami adakah dikira menceroboh privasi?Bagi aku ini bukan satu soalan kerana hp suami ialah kepunyaan suaminya la so jika isterinya mengecheck tanpa pengetahuan suaminye sure la dinamakan pencerobohan privasi."Suami isteri sepatutnya tiada rahsia antara satu sama lain",ungkapan ini hanya ungkapan hypocrite semata-mata kerana semua orang ada rahsia tak kira lelaki atau perempuan dan tidak semua boleh dikongsikan dengan senang hati.Jika seseorang isteri tidak percayakan suaminya lagi mintak lah cerai senang cerita tak payah nak check2 hp sebab tanpa kepercayaan antara pasangan institusi kekeluargaan sudah pasti akan runtuh/hancur/musnah/kebaboomm.Kejujuran lelaki selalu dipersoalkan secara umum tetapi kejujuran wanita tak pernah dipersoalkan secara umum kerana suami percayakan isterinya sepenuh hati manakala si isteri terlalu insecure dan menyebabkan berlakunya masalah untuk mempercayai suami sendiri.

Akhir kata kalau anda tidak percayakan pasangan hidup anda sendiri putuskan lah terus hubungan secepat mungkin kerana hubungan tanpa kepercayaan tidak akan kemana dan akan menyakitkan diri sendiri.