Thursday, January 22, 2009

Palestine menang?!

TIDAK,mereka belum menang lagi walaupun pihak israel telah mengundurkan askarnye dari tebing gaza itu tidak bererti mereka menyerah kalah atau takut kepada pertubuhan antarabangsa mahupun desakan dari negara lain di seluruh dunia sesunggunye di sini mereka menunjukan bahawa mereka boleh berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.Misalnya jika mereka ingin menyerang mana-mana negara mereka boleh berbuat dengan jaminan tiada kuasa dapat menghentikan serangan tersebut dan jika mereka mahu berhenti menyerang maka mereka akan berhenti menyerang tanpa sebab dan alasan yang kukuh,semata-mata untuk menunjukan kekuatan mereka pada dunia dengan amerika dibelakang mereka.

Perang antara palestine dan israel ini boleh dikatakan bahawa pihak palestine sudah kalah sepenuhnya kerana nyawa yang terkorban begitu banyak dan bangunan-bangunan disana musnah teruk malah barang keperluan misalnya makanan dan perubatan juga sudah hampir habis akibat dimusnahkan oleh rejim zionis.

Bantuan segera sangat diperlukan oleh negara ini tetapi jika perang ini dapat dihentikan dengan lebih cepat maka kemusnahan dan kematian dapat dikurangkan,sesungguhnya negara islam yang berhampiran dengan palestine seharusnya membantu mereka menghadapi serangan kerana negara mereka juga bakal diserang kerana tiadanya perpaduan walaupun negara mereka berjiran dan agamanya sama.