Friday, August 22, 2008

Atlit,Sukan&....

Wah lama tak tulis blog,hari ini sebab bosan tahap dewa sangat so dapat lah semangat menulis blog ini~

Sukan olimpik di China kite menang satu silver rasa cam tak berbaloi lak hantar atlit kite ke sana seolah-olah kite bagi diorang tiket melancong ke china lak.

Memang la susah nak dapat medal kat olimpik tapi sepatutnya pihak yang bertanggungjawab dalam hal sukan malaysia harus hantar atlit yang ada peluang utk menang.Diorang sepatutnya hantar atlit yg boleh pecahkan rekod olimpik atau paling hampir dgn rekod olimpik dengan itu tidak lah rugi duit hantar atlit yg sememangnya tak mampu utk bersaing dan akhirnya membawa malu sahaja.

Selepas habis je kejohanan sukan nie semua pihak menuding jari mencari
punca prestasi merudum kontijen negara yang akhirnya ada la pegawai
letak jawatan,senang-senang je nak letak jawatan kalo betul nak majukan
sukan negara perbaiki keadaan bukan melarikan diri.

Sekolah sukan bukit jalil,famous tu sekolah nie tapi
nama je la sekolah sukan tapi atlit yang berjaya
menjadi ahli sukan nye takde la banyak malah
atlit sekolah biasa lebih bagus dari sekolah sukan nie.Pada pendapat saya
sekolah sukan tidak perlu diwujudkan ia hanya membuang duit dan projek
ini bagaikan "menanggung biawak hidup" kerana semua keperluan "atlit"
ditanggung tetapi hasilnye tetap berada ditakuk lama.

Peralatan senaman disediakan selengkap-lengkapnye tetapi jika tidak digunakan
mana datang hasilnya,apabila prestasi "atlit" merosot maka kekurangan peralatan
menjadi sebab cuba kita fikirkan pada masa dulu atlit kita lagilah tiada kemudahan
sukan tetapi tetap berjaya diperingkat tempatan dan juga peringkat
antarabangsa.Makanan,dijaga dengan teliti makan 5-6 kali sehari seronoknya
duduk sana.Saya rasa patutnya atlit kite dihantar ke kejohanan makan sedunia
sure boleh raih "EMAS".