Wednesday, December 2, 2009

manchester city(3)-arsenal(0)..again?

haiyaaa,2 times in a row 3-0?
just make it 3 times in a row la~

City benam Arsenal

MANCHESTER: Carlos Tevez, Shaun Wright-Phillips dan Vladimir Weiss menemui gawang ketika Manchester City membenam Arsenal 3-0 dalam perawanan suku akhir Piala Liga Inggeris di Eastlands pagi tadi.

Selepas permulaan tegang, Tevez meletakkan City di depan empat minit selepas perlawanan bersambung sebelum Wright-Phillips menambah gol kedua pada pertengahan separuh masa kedua itu.

Pemain gantian Weiss pula memastikan kemenangan selesa pada lewat permainan ketika City semakin hampir untuk merangkul trofi utama sejak memenangi Piala Liga pada 1976. - AFP

(diambil dari www.bharian.com.my)


Timor Leste jadi santapan 'Raja'
Malaysia menang mudah, Thailand-Vietnam terikat saingan Kumpulan A

BUKAN hanya permulaan meyakinkan dicipta skuad bimbingan K Rajagobal di Stadium Utama, Laos, petang semalam. Malah, ketika membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A, mereka turut meletakkan nama dalam sejarah penyertaan negara di temasya serantau itu.

Kemenangan itu adalah jumlah jaringan terbesar pernah dihasilkan Malaysia dalam sejarah Sukan Sea, mengatasi keputusan 9-0 yang dicatat skuad negara pada temasya 1993 - ketika menundukkan Laos - dan 1995 apabila menumbangkan Kemboja.


AHMAD Fakri (kiri) menggelecek penjaga gol Timor Leste, Diamantino Leong untuk gol keenam Malaysia dalam saingan Kumpulan A di Kompleks Sukan Nasional, Laos, petang semalam.

(diambil dari www.bharian.com.my)


akhirnye malaysia menang~walau pun dengan timor leste je tapi 11-0 tu~
11-0
11-0
11-0
11-0
11-0
tu~

kalau la team lain lawan timor leste dan menang dgn jumlah gol yang lebih banyak maka....haih